Review Filem Pusaka Top 10 GSC dan TGV

November 8, 2019 by No Comments

Apabila melihat filem ini mendapat sambutan baik dari penonton, Cik Luna bersemangat ke pawagam untuk menulis review filem Pusaka.

Review ini MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER dan Tuan Puan dicadangkan membaca semula selepas menonton filem ini di pawagam.

Hebat kan? Dapat jadi Top 10 Movies di GSC tuu.

Review Filem Pusaka
Screenshot dari FB Namron perkongsian kejayaan filem Pusaka sebagai Top 1 Movies di GSC
Filem Pusaka di tempat keempat carta TGV Cinemas

Review Filem Pusaka

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Barisan Pelakon Filem Pusaka

Bahasa: Melayu

Sarikata: Inggeris / Melayu

Klasifikasi: P13

Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019

Genre: Seram

Durasi: 1 Jam 34 Minit

Pengedar: Astro Shaw

Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein

Pengarah: Razaisyam Rashid

Format: 2D

Ulasan LunaStory Review Filem Pusaka

Kami datang ke pawagam untuk melihat Syafiq Kyle dan juga Ogy Ahmad Daud yang dirindui lakonannya.

Selepas review filem Anak Perjanjian Syaitan dan review filem KL Vampires , tim LunaStory teruja nak review lebih dan lebih banyak genre seram filem Malaysia.

Disebabkan cerita Pusaka membuatkan kami terlalu takut untuk pulang ke rumah, kami membuat keputusan untuk check in hotel malam ini.

Hakimi, penonton Pusaka

Mula sahaja filem ini sudah membuatkan seluruh panggung menjerit haha. Walaupun dah agak keseraman telah bermula tapi tetap menjerit.

Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle mempunyai kembar bernama Nur. Nuar baru sahaja ditukarkan untuk bertugas ke kawasan ini.

Lokasi penggambaran di sebuah kilang kuari di negeri di utara Malaysia.

Nur mempunyai masalah ketagihan dan sering menuduh orang lain menyebabkan kegagalan dalam hidupnya.

Beberapa kali kami menonton cerita seram namun untuk review filem Pusaka kali ni, seramnya memang lima bintang. Campur dengan bunyi yang mendebarkan. Inspektor Nuar perlu ke sebuah rumah terbiar selepas menerima laporan kematian. Dan dari situlah segalanya bermula.

Sekali sekala ‘sesuatu’ keluar di belakang Inspektor Nuar, memang menjerit satu pawagam aduhaii.

Bunyi guli tik tok tik tok tu pun memberikan emosi dag dig dug pada kani. Tolonggg, tolong hentikannya haha. Memang sesiapa yang pernah tinggal di apartmen mesti pernah dengar bunyi ni malam-malam.

Sepupu Qistina (simati) iaitu Khaleeda bersungguh-sungguh menangis bila tahu Qistina mati dan Balqis koma terkawal di hospital.

Review Filem Pusaka
Gandingan Syafiq Kyle dan Ogy Ahmad Daud

Inspektor Nuar turut berkunjung ke rumah Opah untuk meneruskan siasatan dan beliau bertemu dengan Khaleeda dan ibunya.

Masani penonton akan menyelami bersama-sama mencari siapakah yang menjadi punca semua ini.

Campur elemen syirik dan pemujaan juga sebab ada tempat sembahan di tempat kuari ditemui sewaktu Megat Haikal (ayah saudara Qistina dan Balqis) meninggal dunia.

Inspektor Nuar memang komited menyelesaikan puzzle biarpun sering diganggu dengan pelbagai kisah seram.

Seram namun masih logik.

Tak ada saat atau minit yang membosankan. Dan review filem Pusaka ini bukan sekadar cerita seram. Ianya thriller dengan misteri juga.

Apa yang kita jangka bukan apa yang sebenarnya!

Sepanjang menonton untuk tulis review filem Pusaka ini kami dah teka siapa yang sebenarnya bersalah haha. Siap teka yang itu kut. Takpun yang ni dan dalam empat orang tekaan kami, seorang pun tak kena dah kenapa!

Plot twist cerita Pusaka memang hebat

Hampir kesemua scene penting dan menyumbang kepada jalan cerita. Tak ada yang tak kena. Daripada loket keris kepada tempat pemujaan.

Kenapa kena kembar?

Sempat saya persoalkan kenapa Nuar dan Nur kena jadi kembar? Kenapa bukan adik beradik je? Tapi saya juga jawab sendiri. Oh mungkin nak beri connection antara dua kembar ini lebih kuat berbanding bergelar adik abang.

Mesej tentang tiada siapa diantara mereka yang lebih kuat atau lebih bagus dari kembar ini di penghujung cerita adalah sangat bagus. Mereka adalah saling memerlukan dan berkaitan.

Lakonan Syafiq Kyle dalam Review Filem Pusaka dipuji

Rata-rata penonton tidak kira lelaki atau perempuan memuji lakonan berkesan Syafiq Kyle. Marah, kecewa dan kesungguhannya terlihat.

Ada emosi sedih yang terbit tatkala sesuatu terjadi kepada kembarnya iaitu Nur dihujung cerita namun ianya tak sampai kepada saya.
Saya sebagai penonton tak dapat selami perasaan kembar yang risaukan keadaan kembarnya yang lain.

Diwaktu itulah saya terfikir yang jika mereka adalah abang-adik mungkin lebih mudah untuk penonton kaitkan.

Lakonan Ogy Ahmad Daud Terbaik

Biar dialognya tak banyak namun Opah iaitu Ogy Ahmad Daud berlakon dengan ekspresi wajah dan tubuh badan.

Kelas sangatttt!

Niat beliau untuk melindungi keluarga dan akhirnya memakan diri sendiri.

Mesti Saksikan Filem Pusaka di Pawagam

Sebuah filem Malaysia yang menerima bintang terbanyak. Filem arahan pengarah Dukun ini memang segar tanpa cliche dan berbaloi untuk ditonton.

Review filem Geran yang menjadi sebutan para penonton dan peminat drama Melayu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.